Wednesday 20 May 2009

YANBU RATTLED


Aftershocks rock Al-Ais :Muhammad Al-Sheikh & Yousuf Muhammad Arab News

YANBU: Strong aftershocks were felt in the village of Harrah Al-Shaqah and its adjoining settlements in the Al-Ais area yesterday with the Civil Defense declaring emergency in the region and ordering complete evacuation.

According to the US Geological Survey (USGS), the strongest of the aftershocks measured 5.6 on the Richter scale at 8:10 p.m. yesterday. Earlier, a Saudi Geological Survey (SGS) statement said: “The magnitude of the earthquake has been rising notably from 3 to 4.81 on the Richter scale with a total of 46 earthquakes recorded between 2 p.m. Monday and 2 p.m. today. The strongest tremor occurred 7.7 km beneath Harrah Al-Shaqah and its adjoining villages.” Aftershocks were felt in Umlaj, Wajh and Ula.

An SGS team that is conducting an aerial survey of the quake-hit area found a large crack in the earth and opened a quake detection station at Harrah Al-Shaqah.

The USGS posted on its website that an earthquake measuring 4.9 on the Richter scale was observed in western Saudi Arabia yesterday morning. USGS pinpointed the location 195 km west northwest of Madinah (25.105 degrees N, 37.788 degrees E) with the epicenter at a depth of 10 km underground. The latest quake of magnitude 5.6 hit the same area.

The Civil Defense warned people in Al-Ais and its surrounding villages to avoid areas where smoke is coming out of the ground as such areas are more likely to see volcanic eruptions. It also said that rumblings and pungent smells are indications of possible eruptions.

Roads in Madinah are currently choked with people leaving for open areas and gardens. In Umlaj there have been reports of people fainting. The Civil Defense, which has been put on full alert, has also evacuated people to safe areas.

People in Yanbu also left for open areas and camped out on roadsides and gardens while waiting for the all clear.

Madinah Gov. Prince Abdul Aziz bin Majed ordered the acting undersecretary at his office, Ibrahim Al-Khattab, and other high officials to inspect safety arrangements in the area, and do all that is necessary to ensure the safety and wellbeing of residents.

The officials have been asked to guarantee the rehabilitation of the affected people, Al-Khattab said in a statement.

The machines that arrived at the Civil Defense Center here are the latest and most accurate to detect seismic activities — both the rumblings and volcanoes. The machines have been brought on the orders of Lt. Gen. Saad Al-Tuwaijiri, director general of the Civil Defense.

Heavy machinery that can work under rubble and cameras with remote sensors have been brought in by the Civil Defense. Powerful generators to run them are in place and experts in seismic activities are monitoring the situation.

People reported tremors all day yesterday. Students in Yanbu were excited rather than scared by the tremors.

The Ministry of Education has sent senior officials to the region to make sure teaching in schools is not disrupted.

Civil Defense authorities have also reserved more hotel rooms and furnished apartments in view of the increasing number of people leaving villages close to the affected area.

Col. Essam Farrash, acting director of the Civil Defense in Yanbu, told Arab News that evacuees who wanted furnished apartments were provided with the same. He said up to 800 people were evacuated from Al-Qarasa, Al-Hadama and Al-Amid, and were put up in various Yanbu hotels and apartments on Monday. Officials denied reports that they had stopped providing evacuees with furnished apartments.

“As part of housing arrangements, permits have been issued to evacuees to seek shelter either in Madinah or Yanbu. Those who were issued permits for Madinah will get their accommodation there and those issued permits for Yanbu will be provided accommodation in Yanbu,” an official said. He added that only the best available apartments have been selected for them.

“Seven patients have been admitted to Yanbu General Hospital,” said Dr. Abdul Rahman Al-Saeedi, director of Health Department in Yanbu, adding that an emergency hospital with 50 beds and latest instruments has been put on alert in Yanbu.

Hospitals and health centers in the city are ready to handle eventualities, he added.

Thursday 7 May 2009

Special Entry:Selamat Hari Bonda



Selamat Hari Ibu kepada bonda tersayang yang jauh di mata tetapi dekat di hati.

If I can recall all those days, really hope time could turn back. But, it is impossible.
Dulu kita budak2, anak kepada mak dan bapak, wonder, nakal ke, rajin ke @ malas ke aku ni dengan orang tua. Tak boleh ingat semua tu. Tapi yang masih ingat di kepala abah tak pernah control dan tak selalu marah2 kami adik beradik tapi kami takut dengan abah. Kalau abah marah semuanye menikus. Selalunya decision abah based pada mak. Kalau mak kata ok , maka oklah abah. Huih power kan mak..

Tapi mak lain. Selalu jugak dengar mak membebel. Especially bila time kitorang asyik main dan tak tolong dia masak atau kemas rumah. Ada satu favourite phrase mak yang aku masih ingat tapi tak applicable utk aku skrg " terbakar kaki tangan mak ni nak kasi korang makan". Pernah juga try pakai. Tapi anak2 sibuk pulak cari, "kat mana ibu? tak nampak api pun?" . Lagi satu, ha main lagi.. tak habih-habih lagi main. Nanti mak rebus batu-batu tu bagi korang makan(masa tu main batu seremban) hehehehe.. Sekarang nak rebus apa yek.. "ibu rebus play-station tu buat lauk tengah hari...boleh tak agaknye..


Mak bolehla cakap macam tu, sebabnye mak full-time memasak dan suka memasak. Apa yang dia pernah makan, dia akan cuba masak sendiri , ikut sedap tekak dia dan tekak kami. Hasilnya, abah dan kami kurang berminat nak makan kat luar sebab lebih sedap makan yang mak masak. Dan the most important thing, mak masak sedap original, tak pernah letak any perasa. Kadang-kadang jek abah bawak kami makan kat luar(sebulan), itupun agaknya sebab nak entertain mak kot ataupun nak entertain kami adik beradik, dah letih masak kat umah atau tak de idea nak masak. Tapi bila makan kat luar, kalau tanya dia, " Sedap tak abah?" Dia jawab " Sedap lagi mak kamu masak". Happy agaknye mak masa tu. Abah puji mak bukan sebab nak jaga hati mak sahaja, tapi memang reality. Kalau mak tak de, sedih betul tengok abah. Ada la sekali-sekala mak pernah balik kampung tengok tok sakit. Abah tinggal ngan kami kat umah. Kami cubalah try masak macam mak. Tapi abah makan sikit sahaja. Suruh tambah lagi dia kata "Dahlah. Dah kenyang dah". Kadang-kadang abah sanggup tak makan, boleh makan biskut saja. Nama nak pergi kedai beli makanan, tak. Actually boleh bilang dengan jari sepanjang hayat mak, travel alone tanpa abah. Selalunye mesti dengan abah.

Dari dulu sampailah sekarang, mak tak pernah sanggup tinggal abah sorang2. Bila ajak mak datang sini, dia mesti kata abah kamu macam mana. Walaupun abah kata boleh pegi tapi, mak berat nak tinggal. Setia betul la mak. Aku ni boleh ke jadi macam tu? Aku harap aku boleh jadi macam mak. Sabar dan setia.

Itu abah dan mak. Mak dan anak-anak pulak. Mak jaga kami baik-baik dari kecik sampai dah kawin. Dia jaga makan-minum supaya kami tak gemuk dan tak kurus. Makanan yang kami makan cukup zat dan vitamin. Ada pernah sekali, aku main bola jaring dan bola tampar, jari kelingking terseliuh dan hasilnya terbengkok la sikit, marah betul dia(" beranak elok2, jaga sampai besar, dah besar bengkok sana bengkok sini tak tau duduk diam). Ikutkan segala macam petua mak ada. Dah lepas kawin dan lepas bersalin pun mak tolong jaga.

Tak nak membebankan dia, bila anak ke-3 dan seterusnya nekad duduk rumah sendiri. Bak kata abah " dia dah besar dah pernah beranak tau la dia jaga diri dia sendiri", sebab mak risaukan kita. Lebih-lebih lagi kat Yanbu, sayu masa sebelum bersalin hari tu dengar suara sebak dia nasihatkan kita supaya jaga makan baik-baik. Pantang elok2. Dia tahu anak dia ni suka ngelat. Dia risau. Insya-Allah mak, janganlah risau.

Sekarang ni kita pulak yang jadi mak. Segala macam perasan yang mak rasa dulu agaknya ada pada kita sekarang. Macam mana ye nak jadi macam mak?

Sempena Hari Ibu, ingin ku nyatakan betapa bersyukurnya aku kepada Allah kerana ditakdirkan beribukan bonda Habshah Mokri. Insya- Allah ya Allah, panjangkan usiaku berikan aku kekuatan, kesihatan yang berpanjangan dan kesenangan yang melimpah ruah supaya kelak akulah orang yang akan menjaga mereka.


Weekend and Cinnamon Rolls



Hemmm weekend again.. What to do? Usually, to fill up my time I like to try new recipe. But this time, I remembered my newly arrived neighbour next door are actually waiting to taste my cinnamon roll again. She keep own saying that she likes the rolls and when she went back to Pakistan, she could not stop mention it to her family members.. What does it mean? .. Please send some more..hehehe. .. just kidding. She also like my curry puffs. So today may be I could entertain her.

So early in the morning, I make the dough, while waiting the dough to rise I am blogging and finish all the report analysis required by my Head. I have tried several time my recipes with different types input ingredients(whalla ..like programming le pulak) to find the best result. So this is the best recipe I have ever try I could say...


Ingredients:

1/2 kilo wheat flour(in Yanbu - Kuwait Flour is the best)
1 tbs salted/unsalted butter + some salt
1 tbs sugar 1 tbs dry yeast(saf-levure) any yeast may be works as well
1 egg
150ml low fat milk(fresh)
1/2 cup warm water+ 1 tsp sugar(to dissolve yeast)
brown sugar
cinnamon powder


Methods:
1. Dissolve dry yeast in warm water.

2. Melt butter and then add milk with sugar. Stir until all sugar dissolved. Milk should be warm not boiled. Put off fire. Cool off. Then add egg into it. Mix.


3. Get the flour into a big mixing bowl and make a hole in it. Pour in the milk mixture, yeast and mixed them together. Roll and punch.


4. Ensure it did not stick to your finger. Then cover it with plastic food wrapper and let it rest for 1 hour.


5. In baking tray, pour some cooking oil to grease and sprinkled mixed cinnamon sugar into it. The more the merrier.


6. Again hit the dough, until all air released. Divide dough into 3.


7. Roll the dough until it make about 15cm(A) X 25 cm(B). While rolling you may use some flour to avoid it sticking to the rolling pin.


8. Smeared the rolled dough with mixed cinnamon sugar.


9. Slowly roll it from the A side the until the end. Cut into 4 pieces using knife or dental floss.


10. Place it into the baking tray. Let it rise 1/2-1 hour. Preheat oven 350 F.


11. After 1/2 -1 hour later, sprinkle more mixed cinnamon+brown sugar on it and ready to bake for 20 minutes.


I usually works with 1/2 kilo flour at a time. My hand is not strong enough to work with bigger dough.


So, try it. If it does not work tell me.

note: Pictures were taken from previous entry.

Sunday 26 April 2009

Nasi Dagang Yanbu


Nasi Dagang by Anak Dagang di Yanbu....heheheheh

Nasi

Bahan-bahannya

1 kg beras wangi(beras siam@Thai)
3/4 beras pulut
*kedua-duanya dicampur dan direndam semalam atau paling kurang 5 jam)
3 cawan santan pekat + 1 sudu besar gula + 1 sudu teh garam
3 cawan santan cair/air 21/2 inci halia dan
8 ulas bawang merah dimayang halus

1 camca besar halba


Cara-cara membuatnya
1. Toskan beras yang telah direndam dan letakkan ke dalam periuk pengukus.
2. Panaskan air sehingga mendidih di dalam periuk pengukus
3. Kukus beras sehingga naik wap. Apabila wap telah naik, tuangkan ke dalam besen yang besar dan masukkan air atau santan cair dan gaul hingga rata. Orang banjar kata proses meng'arun'.
4. Masukkan semula ke dalam periuk pengukus dan kukus sekali hingga hingga naik wap. Proses ini diulang 1 kali lagi.
5. Akhir sekali angkat nasi yang sudah masak, masukkan ke dalam bekas besar, gaulkan bersama santan pekat, halia dan bawang yang telah dimayang dan halba. Kacau rata dan tutup selama 1/2 jam supaya lebih mesra selepas itu boleh dihidang.

Gulai Ikan Aye@Tongkol@Tuna

1 ekor ikan tongkol- dipotong dan direbus bersama garam dan asam gelugor(4 @ 5 keping) sehingga kering air.


1 biji kelapa - diambil santannya


*3 biji bawang besar

*2 ulas bawang putih

*2 cm halia

*5 cm lengkuas
*kesemua bahan * dikisar halus


3 keping asam gelugor
2 papan gula nira(boleh ganti gula merah)
3 sudu cili boh/cili kisar
5 sudu besar rempah kari (cap apa2 pun boleh kot) atau rempah nasi dagang(only available in Trengganu , menurut tuan punya resepi)

garam dan serbuk perasa secukup rasa


Cara-Cara membuatnye:


1. Masak santan hingga pecah minyak
2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar halus, cili boh, rempah kari/rempah nasi dagang.

3. Masukkan ikan, gula nira,garam dan asam gelugor. Masak hingga pekat.

4. Boleh dihidang.


Acar Timun @ Salad @ Appetizer
1 batang timun - dihiris panjang
1 batang lobak merah - dihiris panjang
1 labu bawang besar - dimayang nipis
1 cili merah/cili api- dihiris kecil-kecil

sedikit garam, gula dan cuka.


Cara-caranya:
1. Kesemua bahan di atas dicampurkan di dalam mangkuk dan digaul rata.

Inilah hasil nasi dagang ku berdasarkan resepi di atas.

Tima kasih kepada tuan punya resepi(isteri Abg Pie), katanya ini resepi keluarga turun temurun.

Saturday 25 April 2009

Aktiviti Hujung Minggu - Another Happy Moment in Yanbu

Kalau ada la yang masih ingat di zaman 80-an dulu, ada satu rancangan masakan yang cukup popular dikalangan mak2 di rumah, KESUMA. Masih terbayang montaj gambar bunga yang sedang mekar. Kuat juga ingatanku ni.

Rajin akak2 wife kepada hubby yang serve Yansab buat program masakan Malaysia di rumah masing2. Kami cikgu cikgi ni tumpang sekaki la. Nak harap kami ni, kalau pukul 4.00-4.30 balik office jenuh gak nak open de house untuk kumpul ramai2 dan ajar masak2. Lagi pun, kita nak offer diri ajar masak pun malu. Diri sendiri nak masak pun masih bukak buku lagi, inikan pulak nak ajar. Ajaran sesat pulak nanti.

Antara kelas memula yang boleh join, rumah K.Ima(isteri Hj Ghaz). Menu dia Nasi Dagang. Tapi rupa2nya menu dari orang rumah Abg Pee.. tak pelah.. janji ada resepi. Syok nyer dapat belajar buat Nasi Dagang. Lepas ni anytime teringin nasi dagang, dah buleh buat sendiri. Kalau tak dulu kena usya kedai atau makcik mana yang masak best, baru pergi beli. Sekarang boleh masak ikut sedap tekak sendiri. Tu yang best masak sendiri tu. Semalam layan masak Nasi Dagang. Hush.. yang paling syok tengok anak sendiri yang makan. Habis sekali hadap jek. Nanti esok2 masak lagi. Ni first time buat , trial session jek. Masak tak banyak dlm 4 pot. Riso gak kot nasi tak masak. Rendam beras pun tak lama less than 5 hours. The most important thing, lubang periuk pengukus ku ni besar la pulak, habis berguguran beras ku. Nanti nak pergi carik mangkuk pengukus lain la.

Lepas tu pegi kelas masakan kat umah k.Ina 'Z'. He ..heheh banyak sangat nama K.Ina kena bubuh initial lak kat belakang, baru boleh differenciate. Selain kIna, nama K.Za .. lagi ramai. Macam2 K.Za ada. Kat umah K.Ina, belajar masak mee udang. Part paling best, belajar buat mee sendiri tu. Tu yang mahal tu. Rational kelas memasak ni actually bukan untuk tujuan berkongsi resepi sahaja. But almost to majlis sosial sesama isteri yang hampir sepanjang minggu terperuk kat umah. Kat sini bukannya macam kat Malaysia, boleh bawak2 kereta dan menyinggah rumah sesapa bila2 masa kita nak. Nak bergerak kena la tunggu driver balik keje dulu.. Pas tu busy masak dan urusan harian. Hari minggu je lah lapang sikit. Masa ni la baru boleh nak jumpa kengkawan. Oleh kerana tak de tempat yang best nak lepak2 sesama kengkawan, maka the best place is kat rumah la.. Invite orang datang dan kumpul2 , bawak pot luck sorang sikit, then boleh le sembang2 dan bertukar cerita ceritet. Anak2 pun inilah masanya jumpa kengkawan Malaysia. Bukan semua anak2 Malaysian ni pergi sekolah yang sama. At the same time, geng lelaki pun ada jugak la aktiviti sesama mereka.

This is another happy moment in Yanbu. Masa zaman sorang2 dulu, kami asyik terperuk kat umah jela. Anak2 nak main kat luar pun kita cemas nak kasi. Sebabnya takut kena baling batu. Kat kawasan rumah kami ni bebudaknye aktif kan main. Sekali tingkap bilik dipecahkan. Second time pintu sliding door. Tak tau lah part mana yang attracted to them. End up budak2 ni kalau nak main, depa main dalam rumah sahaja. Sometimes main basikal pun dalam rumah. Hujung minggu baru bawak gi park atau beach. Adalah dalam satu semester sekali buat majlis makan2. Combine Malaysian yang serve YIC dan YUC(male and female). Sekadar bertanyakan khabar dan berita dan melepaskan rindu kepada masakan Malaysia. Kami yang kurang expert ni terpaksalah berjuang sedaya upaya memasak apa yang terdaya...heheheh..

Walau macam mana pun, semua itu tetap kenangan berharga. Sekarang ni, dah tak rasa sunyi dah. Rindu kat Malaysia pun tak berapa menebal sebab dah ramai orang Malaysia kat sini. Bukan setakat Malaysian community sahaja yang ramai, Saudi-Malaysian pun ramai. Selain daripada tu dah mula kenal Indonesian dan Saudi-Indonesian. Jadi kehidupan tak macam dulu. Routine sosial pun dah berbeza berbanding 2 tahun yang lepas. Well syukur kepada Allah kerana mengurniakan nikmat ini...

Thursday 2 April 2009

Tak ada rezeki

Nampaknya tak ada rezeki kali ni parent nak datang sini, meskipun semasa proses visa tak ada masalah tapi dah takdir Allah tak izinkan, maka tak jadi juga.


Apa yang telah berlaku?

Kisahnya.. pada hari nak hantar dokumen untuk proses visa di Malaysia, kereta parent telah dipecah masuk semasa parking di depan kedai kitchen cabinet kat Batu 3, Shah Alam. Masuk kedai tak sampai 15 minit. Bila keluar tengok cermin kereta sebelah pemandu dah pecah dan suitcase bawah kerusi dah hilang. Semasa buat report polis kat balai seksyen 11, polis mengiakan sahaja kawasan tu memang favourite kes pecah kereta.. timbul le question mark kat kepala.. kalau dah banyak kes pecah kereta kat kawasan tu tak de ke hantar polis ronda kat kawasan tu? Emm tak de jawapan untuk soalan itu..

Antara item lost semua dokumen perjalanan dan ada le beberapa RM. Nak settlekan dokumen sahaja dah makan masa.. makanya tak jadi la nak ke sini..

Tak apa la.. nak buat macam mana...

Monday 2 March 2009

Visa Dah Approved

2 minggu lepas visa parent dah approved. Cepat pulak kali ni approvednye.. Tak pelah bagus le tu.. Just to share the application of visiting visa process.
The documents needed:
1) Salinan passport parent(ibu dan ayah) - jika nak jemput dua-dua sekali
2) Salinan iqama(anak yg bekerja)
3) Salinan surat beranak( anak yang bekerja) - certified translation in Arabic
4) Certified highest degree translation in English
5) Surat pengesahan gaji dari Employee
Note:
Semua maklumat di atas adalah merujuk kepada saya yang bekerja di bawah Royal Comission. Ingin dinyatakan bahawa keperluan kepada dokumen-dokumen yg disebutkan di atas mungkin berbeza. Sila rujuk kepada pegawai masing-masing. Visa ziarah(invitation visa) HANYA TERHAD kepada ibu dan ayah SAHAJA.
PROSES UNTUK MENDAFTAR VISA ZIARAH
1) Isi borang permohonan manual untuk ziarah - saya dapat daripada pegawai RC
2) Isi borang permohonan online juga di - https://visa.mofa.gov.sa/
kena isi borang ni dalam arabic, tapi baru2 ni pegawai RC yang buatkan (sbb website masa tu takleh reach, please take note, borang dlm bahasa arab, so kena isi dlm bahasa arab KECUALI nama orang yang akan dijemput ditulis dalam rumi ikut ejaan dalam passport). Bila dah register online - akan dapat no permohonan(application request number (guna nombor ini untuk search kemudian)
3)Hantar borang (1) dan dokumen yg disebutkan di atas.
4) Proses mungkin ambil masa 1 up to tak tau berapa minggu
as for me 2 times experience (1 week min and 2 weeks max)
5) Dalam tempoh selepas 1 minggu boleh la semak kat
masukkan no permohonan dan no iqama dan print.
6)Proses di Malaysia, kena bagi print out ni ke agen Saudi Embassy, passport, surat beranak(translated in arabic), duit RM300 utk visa(200) dan processing(100) per person.
Then.. insyallah boleh le datang sini..

Sunday 1 March 2009

Permohonan Sijil Daftar Kelahiran Malaysia

Alhamdulillah , Laila Najla telah pun mencecah usia 1 bulan hari ini. Bermakna lagi 10 hari sahaja boleh duduk di rumah looking after her. Cuti maternity di sini hanya 40 hari. Any comment? Very short indeed. Kenapa? Maybe wanita kat sini yang bekerja very few, so tak de concern for this issue. While other non-islamic country dah go forward 3 months , 6 months and some even 1 year for leave, kat sini hanyalah up to 40 days. Unless kalau ada masalah kesihatan, approved by physician( ada MC) baru lah boleh dapat leave tambahan. What a pity. Anyhow, since kerja kat sini, we must obey and respect the rules, so pandai2lah adjust our time for baby and duty. Proses men'dokumentasikan kelahiran Laila juga telah selesai. Though ada le probs arised during the process, tapi biasa la kan. None is official in this country. Kami ingin berkongsi maklumat dan pengalaman kami sepanjang proses tersebut.


Fasa 1: Mendapatkan Birth Notification(dikeluarkan oleh pihak hospital - RCMC)


Dokumen yang diperlukan:

1) Salinan Iqama (suami/isteri atau kedua2nya sekali jika ada)
2) *Salinan sijil perkahwinan(certified translated arabic)
- mula2 officer hospital tu nak certified translated certification itu diapproved juga oleh MOFA Saudi, tapi luckily kebetulan ada orang yg dikenali dekat hospital tu, dapatlah consideration. Katanya undang2 baru nak cop certified MOFA, Saudi. Wonder kalau kenalah certification dari MOFA, Saudi berapa lama pulak lah baru boleh register Najla dan buat passport dia)

3) Salinan passport suami dan isteri


* sesiapa yg akan datang ada anak akan dilahirkan, mungkin boleh start survey dengan pegawai masing2 tentang maklumat ini.



Fasa 2: Mendapatkan Birth Certificate dari Wizarah Dakhiliah, (imigresen dan kemasukan kalau tak silap), Mudiriah Aamah LilEhwal Madinah, Yanbu Al-Bahar.


1) Birth Notification - yg dapat daripada hospital tadi.
2) Salinan Iqama (suami/isteri atau kedua2nya sekali jika ada)
3) Salinan sijil perkahwinan

4) Salinan passport suami dan isteri


Fasa 3: Mendapatkan Sijil Daftar Kelahiran dari Kedutaan Malaysia dan Passport

1) *Birth Certificate ( di terjemahkan ke Bahasa Inggeris - cost (SR 60-100)
2) *Sijil Perkahwinan
3) *Kad Pengenalan suami dan isteri
4) *Passport suami dan isteri
5) Gambar anak ukuran passport - 3 keping


* semua di atas mesti ada 3 salinan dan original masa submission

Maklumat lain yg perlu tahu:
1) Tempoh utk daftar kelahiran (dari 0-12 bulan umur anak)
2) Tempoh siap passport(1 bulan)
3) Hari khidmat passport (Sabtu dan Ahad - hari lain better call Embassy dulu)
4) Anak kena hadir sebab kena turunkan thumbprint depan officer)
5) Fee Passport : SR 158


Maklumat Konsulate Jeneral Malaysia,Jeddah

Consulate General of Malaysia,
Lot 241, Al-Mualiffin Street, Al Rehab District,
P.O Box 593, Jeddah 21421.
Kingdom of Saudi Arabia
Telephone :00966 2 6727740;(minta sambungan kepada En Ali)
00966 2 6728019
Fax : 00966 2 6760877
Email : maljeddah@kln.gov.my
Work day : Saturday - Wednesday 8.00 am - 3.00 pm
Holiday : Thursday & Friday

Tuesday 24 February 2009

Little Updates

It has been a while we have not updating this blog. Busy?, no not really. Maybe out of ideas and stories. But for sure, we thanks a lot and thousand of apology to the visitors who keep visiting this little and tiny blog "nyamuk".

Little updates

1) The new members of family has been given name Siti Laila Najla.

2) We have to take her along(as told by Pak Ali , she needs to give her tiny thumbprint for her passport) to Malaysian Consulate in Jeddah tomorrow to register her as a Malaysian.

3) Her moms is getting slimmer (macam dulu2).

4) She's cries a lot at night. As usual, the father is always a patient man...and he just let the mother entertained her....huhuhu.

5) Both of us have same blood group (A+). The other childrens follows their mom(O+).

6) Alhamdulillah, Hannan is not jealous to Najla, otherwise it will be a big problem to us.

7) My Parent in Law is coming soon. Their visa is ready. Just get ready with the delicious and mouth watering mom in law cooks.

Saturday 31 January 2009

Ahlan Wa Sahlan ya Bint


Alhamdulillah, praise and worship to almighty Allah alone, Who have blessed us with a new member in family, a baby girl born on Thursday, 29 Jan 2009 (3 Safar 1430).

O Allah, I crave Thy protection for her and for her offspring from Satan the outcast.