Sunday, 26 April 2009
Nasi Dagang Yanbu
Nasi Dagang by Anak Dagang di Yanbu....heheheheh
Nasi
Bahan-bahannya
1 kg beras wangi(beras siam@Thai)
3/4 beras pulut *kedua-duanya dicampur dan direndam semalam atau paling kurang 5 jam)
3 cawan santan pekat + 1 sudu besar gula + 1 sudu teh garam
3 cawan santan cair/air 21/2 inci halia dan
8 ulas bawang merah dimayang halus
1 camca besar halba
Cara-cara membuatnya
1. Toskan beras yang telah direndam dan letakkan ke dalam periuk pengukus.
2. Panaskan air sehingga mendidih di dalam periuk pengukus
3. Kukus beras sehingga naik wap. Apabila wap telah naik, tuangkan ke dalam besen yang besar dan masukkan air atau santan cair dan gaul hingga rata. Orang banjar kata proses meng'arun'.
4. Masukkan semula ke dalam periuk pengukus dan kukus sekali hingga hingga naik wap. Proses ini diulang 1 kali lagi.
5. Akhir sekali angkat nasi yang sudah masak, masukkan ke dalam bekas besar, gaulkan bersama santan pekat, halia dan bawang yang telah dimayang dan halba. Kacau rata dan tutup selama 1/2 jam supaya lebih mesra selepas itu boleh dihidang.
Gulai Ikan Aye@Tongkol@Tuna
1 ekor ikan tongkol- dipotong dan direbus bersama garam dan asam gelugor(4 @ 5 keping) sehingga kering air.
1 biji kelapa - diambil santannya
*3 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*2 cm halia
*5 cm lengkuas
*kesemua bahan * dikisar halus
3 keping asam gelugor
2 papan gula nira(boleh ganti gula merah)
3 sudu cili boh/cili kisar
5 sudu besar rempah kari (cap apa2 pun boleh kot) atau rempah nasi dagang(only available in Trengganu , menurut tuan punya resepi)
garam dan serbuk perasa secukup rasa
Cara-Cara membuatnye:
1. Masak santan hingga pecah minyak
2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar halus, cili boh, rempah kari/rempah nasi dagang.
3. Masukkan ikan, gula nira,garam dan asam gelugor. Masak hingga pekat.
4. Boleh dihidang.
Acar Timun @ Salad @ Appetizer
1 batang timun - dihiris panjang
1 batang lobak merah - dihiris panjang
1 labu bawang besar - dimayang nipis
1 cili merah/cili api- dihiris kecil-kecil
sedikit garam, gula dan cuka.
Cara-caranya:
1. Kesemua bahan di atas dicampurkan di dalam mangkuk dan digaul rata.
Inilah hasil nasi dagang ku berdasarkan resepi di atas.
Tima kasih kepada tuan punya resepi(isteri Abg Pie), katanya ini resepi keluarga turun temurun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
eeemmm...lapor perut rasa tengok nasi dagang ni.sedaaaap tu.
Aisey, malu le.. Tak cukup terer lagi masak nasi dagang tu..
Post a Comment