Monday, 2 March 2009

Visa Dah Approved

2 minggu lepas visa parent dah approved. Cepat pulak kali ni approvednye.. Tak pelah bagus le tu.. Just to share the application of visiting visa process.
The documents needed:
1) Salinan passport parent(ibu dan ayah) - jika nak jemput dua-dua sekali
2) Salinan iqama(anak yg bekerja)
3) Salinan surat beranak( anak yang bekerja) - certified translation in Arabic
4) Certified highest degree translation in English
5) Surat pengesahan gaji dari Employee
Note:
Semua maklumat di atas adalah merujuk kepada saya yang bekerja di bawah Royal Comission. Ingin dinyatakan bahawa keperluan kepada dokumen-dokumen yg disebutkan di atas mungkin berbeza. Sila rujuk kepada pegawai masing-masing. Visa ziarah(invitation visa) HANYA TERHAD kepada ibu dan ayah SAHAJA.
PROSES UNTUK MENDAFTAR VISA ZIARAH
1) Isi borang permohonan manual untuk ziarah - saya dapat daripada pegawai RC
2) Isi borang permohonan online juga di - https://visa.mofa.gov.sa/
kena isi borang ni dalam arabic, tapi baru2 ni pegawai RC yang buatkan (sbb website masa tu takleh reach, please take note, borang dlm bahasa arab, so kena isi dlm bahasa arab KECUALI nama orang yang akan dijemput ditulis dalam rumi ikut ejaan dalam passport). Bila dah register online - akan dapat no permohonan(application request number (guna nombor ini untuk search kemudian)
3)Hantar borang (1) dan dokumen yg disebutkan di atas.
4) Proses mungkin ambil masa 1 up to tak tau berapa minggu
as for me 2 times experience (1 week min and 2 weeks max)
5) Dalam tempoh selepas 1 minggu boleh la semak kat
masukkan no permohonan dan no iqama dan print.
6)Proses di Malaysia, kena bagi print out ni ke agen Saudi Embassy, passport, surat beranak(translated in arabic), duit RM300 utk visa(200) dan processing(100) per person.
Then.. insyallah boleh le datang sini..

No comments: