Alhamdulillah , Laila Najla telah pun mencecah usia 1 bulan hari ini. Bermakna lagi 10 hari sahaja boleh duduk di rumah looking after her. Cuti maternity di sini hanya 40 hari. Any comment? Very short indeed. Kenapa? Maybe wanita kat sini yang bekerja very few, so tak de concern for this issue. While other non-islamic country dah go forward 3 months , 6 months and some even 1 year for leave, kat sini hanyalah up to 40 days. Unless kalau ada masalah kesihatan, approved by physician( ada MC) baru lah boleh dapat leave tambahan. What a pity. Anyhow, since kerja kat sini, we must obey and respect the rules, so pandai2lah adjust our time for baby and duty. Proses men'dokumentasikan kelahiran Laila juga telah selesai. Though ada le probs arised during the process, tapi biasa la kan. None is official in this country. Kami ingin berkongsi maklumat dan pengalaman kami sepanjang proses tersebut.
Fasa 1: Mendapatkan Birth Notification(dikeluarkan oleh pihak hospital - RCMC)
Dokumen yang diperlukan:
1) Salinan Iqama (suami/isteri atau kedua2nya sekali jika ada)
2) *Salinan sijil perkahwinan(certified translated arabic)
- mula2 officer hospital tu nak certified translated certification itu diapproved juga oleh MOFA Saudi, tapi luckily kebetulan ada orang yg dikenali dekat hospital tu, dapatlah consideration. Katanya undang2 baru nak cop certified MOFA, Saudi. Wonder kalau kenalah certification dari MOFA, Saudi berapa lama pulak lah baru boleh register Najla dan buat passport dia)
3) Salinan passport suami dan isteri
* sesiapa yg akan datang ada anak akan dilahirkan, mungkin boleh start survey dengan pegawai masing2 tentang maklumat ini.
Fasa 2: Mendapatkan Birth Certificate dari Wizarah Dakhiliah, (imigresen dan kemasukan kalau tak silap), Mudiriah Aamah LilEhwal Madinah, Yanbu Al-Bahar.
1) Birth Notification - yg dapat daripada hospital tadi.
2) Salinan Iqama (suami/isteri atau kedua2nya sekali jika ada)
3) Salinan sijil perkahwinan
4) Salinan passport suami dan isteri
Fasa 3: Mendapatkan Sijil Daftar Kelahiran dari Kedutaan Malaysia dan Passport
1) *Birth Certificate ( di terjemahkan ke Bahasa Inggeris - cost (SR 60-100)
2) *Sijil Perkahwinan
3) *Kad Pengenalan suami dan isteri
4) *Passport suami dan isteri
5) Gambar anak ukuran passport - 3 keping
* semua di atas mesti ada 3 salinan dan original masa submission
Maklumat lain yg perlu tahu:
1) Tempoh utk daftar kelahiran (dari 0-12 bulan umur anak)
2) Tempoh siap passport(1 bulan)
3) Hari khidmat passport (Sabtu dan Ahad - hari lain better call Embassy dulu)
4) Anak kena hadir sebab kena turunkan thumbprint depan officer)
5) Fee Passport : SR 158
Maklumat Konsulate Jeneral Malaysia,Jeddah
Consulate General of Malaysia,
Lot 241, Al-Mualiffin Street, Al Rehab District,
P.O Box 593, Jeddah 21421.
Kingdom of Saudi Arabia
Telephone :00966 2 6727740;(minta sambungan kepada En Ali)
00966 2 6728019
Fax : 00966 2 6760877
Email : maljeddah@kln.gov.my
Work day : Saturday - Wednesday 8.00 am - 3.00 pm
Holiday : Thursday & Friday
1 comment:
assalamualaikum..
awak dok kat yanbu ekks. saya ada debgar pasal hospital yanbu. ada malaysian nurses tak kat sana. sekarang saya kat al-khobar, ksa... s
Post a Comment