Friday, 22 June 2007

Road to KSA



Tanggal 28 September 2006, after all the tedious process we have been gone thru for the past three months, finally terbang le jugak kami sekeluarga ke KSA. Bawak anak 4 + husband. Yanbu ???&*%^%$^%#@ macam mana la agaknya town ni.....

Try explore ikut google earth tak cukup clear. Daripada cerita2 orang dekat tepi Laut Merah. Dekat ngan Madinah.. So hopefully.. berbaloi la hijrah kali ni. Worried jugak .. siap bawak bekal ubat2 an . Kalau travel sendiri tak pe lagi.. ni bawak anak semua bawah 6 years.. Kalau sakit tak tahu le medical services ok ke tak... so dengan 5 beg termasuk bekalan makanan 1 bulan dan ubat-ubatan...







Hari ni 3rd Ramadhan, nampaknye berpuasa kali ni lama la...bertolak 2.00 petang. Naik2 depa serve drink .. ok lagi kasi anak makan siap2 supaya tak bising..Lepas tu , bila serve lunch and dinner ... emm sabar je la...Dalam satu kapal tu penuh dengan Jemaah Malaysia yang nak buat Umrah bulan Ramadhan. Tiba-tiba ada seorang yang look really familiar - fikir2 punya fikir tanya husband sape tu ? Dia kata itu Ust Harussani - Mufti Perak. Alhamdulillah berkat le kot penerbangan ni . Flight first stop kat Riyadh. Yang turun kami anak beranak jek. Yang lain continue to Madinah.


By the time sampai Riyadh, Malaysia time tunjuk 12.30 mlm.. tapi kat sini baru kul 5.30. Tak masuk waktu lagi.. waaa.. sabar je ..sikit lagi.. nak buka puasa... Hubby pulak turun naik pergi cari counter utk dapatkan Hotel yang provided by Saudi Airline. Hari pertama yang agak payah untuk kami....Kakitangan Saudi Airline pulak berdolak-dalih mengatakan bukan kerja diaorang...tension+lapar+letih = MENYAMPAH & BENGANG!!!.


Bila dah dapat surat dari pihak airline... wakil hotel pulak hilang....pergi berbuka puasa...Tunggu punya tunggu...2 jam lepas tu baru datang..letihhhh...anak-anak dah tergolek tidor atas bangku airport. kesiaannn....

Akhirnya dapat jugak kami pergi hotel untuk berehat selepas 3 jam stranded kat airport. (macam cerita TERMINAL pulak). Alhamdulillah.....Allah itu maha mengasihani.

Alhamdullillah dapat trip rehat satu hari di Riyadh. Anak2 tak le letih sangat, boleh rehat then continue back our journey. Next day we flew to Yanbu.


Hotel Al-Mutlaq di Riyadh. We had a big suite and good food. Kingdom of Saudi Arabia (KSA) now here we are...for the second time after 2002 umrah.

Sayonara Malaysia... next year jumpa lagi....



1 comment:

ctyanie said...

tahniah atas blog baru