1 jam setengah dalam penerbangan....7.00 pm akhirnya kami sampai di Yanbu....kami berbuka puasa dalam kapal terbang sahaja. Sebaik sahaja keluar dari balai ketibaan..suami saya disapa oleh seorang lelaki Saudi mengenalkan dirinya sebagai wakil daripada Royal Commission Jubail Yanbu. Alhamdulillah...Allah mempermudahkan perjalanan kami. Dia memperkenalkan dirinya sebagai "Abdul Jani" walaupun "business card" ditulis "Ghani".
Dalam perjalanan ke rumah yang telah disediakan (dalam hati..macam manalah rupa rumah aku ni) kami melalui bandar Yanbu Al-Bahr, iaitu bandar asal Yanbu. Kelihatan di kiri kanan jalan raya tersebut keadaan rumah yang cukup dhaif...macam kena "bom" getus hati ku. Most of the houses and shops macam nak runtuh atau mungkin dah runtuh. Mungkin penglihatan kami kurang jelas akibat waktu malam tetapi suamiku nampak gelisah. Rupa-rupanya kepalanya berserabut memikirkan nasib kami kelak apabila melihat keadaan rumah sedemikian. Katanya "sama seperti di Sudan". Mengimbau pengalamannya semasa bekerja di Sudan dua tahun sebelumnya.
Kemudian kami menghampiri kawasan yang diterangi oleh cahaya "neon" dan dari kejauhan kami pasti wujudnya penempatan yang lebih baik, InsyaAllah. Terpandang papan tanda : Marhaban Ila Yanbu Al-Sinaiyah. Nampak senyuman terukir di bibir suamiku...mungkin hatinya lega seperti juga hatiku. Alhamdulillah.
bersambung....
No comments:
Post a Comment