Tuesday 26 June 2007

PERJUMPAAN MALAYSIAN YANBU DENGAN KONSULAT MALAYSIA

Tanggal 19 April 2007, warga Malaysia Yanbu bertuah kerana pihak Konsulat General Malaysia di Jeddah sudi datang menemui kami di Yanbu. Perjumpaan tersebut telah diadakan di rumah kami.

Di antara wakil pihak konsul yang hadir adalah Konsul Jeneral sendiri iaitu En. Syed Mohd Bakri serta keluarga, Konsul, En. Abdul Aziz Shahar serta isteri, Konsul En. Abdul Halim Ashaari dan para pegawai lain.

Kedatangan pihak konsul ini telah merapatkan hubungan kami rakyat Malaysia di Yanbu denga pihak konsul Jeddah.

Phak konsulat dan warga Malaysia Yanbu telah dihidangkan dengan jamuan istimewa iaitu "Roti Jala" yang mendapat sambutan yang amat hangat sekali.

Kami sebagai tuan rumah mengucapkan terima kasih kepada warga Malaysia Yanbu kerana bersama-sama bertungkus lumus menjayakan aktiviti ini.




























No comments: