Friday 11 January 2008

EDISI KHAS BAHASA MELAYU

Edisi ini juga khas ditujukan untuk suami saya tanda appresiasi saya dengan kehadirannya.

Gambar ini diambil masa dia kerja kat Riyadh tahun 2006. Dulu sblm kawin pun dia macam ni slps kawin pun tetap macam tu.Dan diapun nak saya macam dia jugak. Maknanya saya pun kena maintainle jugak.

Hari ni genap UlangTahun Perkahwinan Kami- 9 Tahun. Dikurniakan dengan 4 cahaya-mata. Masya allah semuanya baik-baik belaka. 1 Muharram 1420H adalah tarikh yang dipersetujui oleh kami berdua. Oleh kerana Awal Muharram di sambut di Malaysia dengan " public holiday" makanya mungkin akan datang tiada alasan untuk melupakan ulangtahun perkahwinan kami pada tarikh ini. Kebiasaan orang bila cuti mereka akan mula merancang aktiviti hari cuti. Secara tidak langsung apabila ada "event" istimewa jatuh pada public holiday, so tiada alasan untuk terlupa merancang aktiviti istimewa untuk hari tersebut.


Pertama, syukur ke hadrat Allah kerana memakbulkan doa sedari kecil supaya ditemukan jodoh yang baik, beragama dan tegas membimbing saya ke jalan yang benar. Terima kasih kepada Ustazah Azizah( atau K. Zah merangkap kakak angkat(1990) - sblm ni ketua pengawas yang sangat ditakuti, tup2 tiba-tiba nak ambik kita sebagai adik angkat) yang memberi inspirasi untuk sentiasa berdoa untuk jodoh yang baik. Walaupun ketika itu tiada sesiapa pun dalam senarai kepala tetapi tetap memohon supaya apabila bertemu dengan yang diharapkan agar dibukakan pintu hati saya, pintu hati keluarga dan seterusnya dipermudahkan urusan.

K.Zah - (Terima kasih namakan anak akak dengan nama saya. Saya tak sangka budak nakal macam saya mendapat tempat di hati akak. Sejadah yang akak bagi saya masih pakai dan simpan walaupun dah lebih 15 tahun)


Apabila usia mengenjak dewasa, sudah mula mengenal erti kawan,teman dan relationship

dan melihat persekitaran saya mula menetapkan ciri-ciri yang ingin dicari.


Syarat pertama, dia mestilah tidak merokok, bukan bekas pelajar sekolah agama tetapi mempunyai kemampuan mengatakan yang haq itu haq dan yang batil itu batil(kerana bagi saya individu yang tidak disogokkan dengan ilmu tetapi mencari ilmu adalah individu yang lebih kuat pegangannya. Maaf kalau pandangan ini salah. Tapi ini personal views).


Syarat kedua untuk mengelakkan cinta monyet, dia mesti bukan teman sekampung, bukan teman sekolah, bukan teman se-program(untuk ijazah) even satu universiti. Ini adalah peraturan yang saya telah tetapkan dan saya cuba patuh dengan peraturan itu. Mungkin saya orang yang tidak suka mendengar kata, atau pendapat orang yang tidak ada pertalian dengan saya kecuali mereka yang layak dihormati seperti orang yang lebih tua atau guru. Dan saya juga tidak suka dengan perkahwinan sesama ahli keluarga kerana tidak bagus untuk perkembangan genetik. Jadi ini adalah rahsia pilihan saya. Minta maaf jika tidak jelas satu masa dahulu. Ada orang bertanya kalau tidak jumpa pilihan hati bagaimana ? Jawapan saya : Mungkin saya seorang aktivis atau volunteery. Orang yang tiada komitmen lebih mudah menjadi sukarelawan.


Tapi kuasa Allah Maha Kaya.. akhirnya jodoh saya kuat dengan kenalan cyber yang jarang2 saya berhubung. Mula kenal tahun 1995. Berhenti, kemudian bertemu di arena cyber semula penghujung tahun 1997. Saya di utara Universiti Sains Malaysia, dia di Universiti Pertanian Malaysia a.k.a Universiti Putra Malaysia. Bersua muka pada tahun 1998 dan saling suka-menyukai( I guess ;)) kerana dia serius menghantar rombongan selepas 3 bulan bertemu dan tiada halangan dari keluarga saya maka kami bertunang selama setahun. Akhirnya berkahwin setahun kemudian 1999.


Kadang2 suami mengusik, apa kata kalau dia pelajar USM, will you choose me? Saya beritahu kebenarannya mungkin tidak. Dia kelihatan sedikit kecewa. Tapi saya beritahu dia juga. Kalau saya bukan pelajar Sains Komputer, saya pelajar perubatan(kerana dulu calon medic) kita mungkin jugak tak bertemu. Medical student is not his choice. Jadi apa yang Allah berikan ada hikmahnya.


Syukur dengan ketentuan Allah. Walaupun berkahwin dengan pilihan sendiri, asam garam kehidupan, pedas dan pahit tetap dilalui. Maklumlah kita berkahwin dengan orang yang different background, berbeza cara dibesarkan, berlainan pendapat dan pandangan. Kadang2 adakalanya bertembung pendapat tetap terguris hati. Tetapi percayalah, kalau agama menjadi tunggak atau rujukan hidup insya-Allah hidup akan harmoni.


Untuk mendapat penghormatan dari seorang isteri dan ahli keluarga, tidaklah sesukar mana. Seek for knowldge, istiqamah what have been learnt.


Apabila ada contoh dalam diri sendiri tidak sukar bagi pengikut(ahli keluarga) to follow.


Mahu isteri/anak bicara dengan lemah lembut, suami harus mula dahulu.


Mahu isteri/anak solat awal, suami/bapa harus solat awal terlebih dahulu.


Mahu isteri/anak jadi penyayang dan sabar, suami/bapa harus tunjuk sifat penyayang dan sabar.


Mahu isteri/anak berbudi bahasa, suami/bapa juga mesti berbudi bahasa.


Selepas itu tugas isteri tidak sukar apabila suami telah menjadi tauladan yang baik,

kerana hidup yang bahagia adalah " Radhitu billahi rabba" . Mengharapkan keredhaan mu Ya-Rabb.


Dan untuk mendapatkan redha dari Allah, para isteri mesti mendapat redha suami.

Apa itu redha suami? Patuhi apa yang dia suruh kecuali dalam perkara yang bertentangan dengan syara'.


Syurga bagi isteri jika suami mengatakan aku redha denganmu.

Jadi berlumba2lah suami untuk membantu para isteri kalian untuk mendapatkan syurga.


Terima kasih kepada suami yang dikasihi SHAH APANDI ANJANG DAIM kerana sentiasa bersama dalam keadaan senang dan susah, thank you for helping me during my master study, thank you for taking care the kids while I am not at home and thank you for being tolerate, understanding and always put me and family as priority in your life.


"Jazakallahu khairan kathira alaika ya zauji li ikhtari ana bizaujatika."

(Sekarang hubby tengah ambik kelas bahasa arab dan berusaha memperbaiki tajwid tilawah al-quran. So hopefully dia dah boleh terjemah ayat di atas.)


3 comments:

Amie said...

Tahniah! Selamat Ulangtahun (belated)! Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Anonymous said...

Happy Belated 9th Anniversary Siti and hubby (kalau tahun Masehi, bulan April kan? ke March?)

Semoga di jodohkan ke syurga Allah, Amin.

ctyanie said...

Bulan April, 17 April 1999.. kenapa? Sama tahun ke?