Sunday, 26 April 2009

Nasi Dagang Yanbu


Nasi Dagang by Anak Dagang di Yanbu....heheheheh

Nasi

Bahan-bahannya

1 kg beras wangi(beras siam@Thai)
3/4 beras pulut
*kedua-duanya dicampur dan direndam semalam atau paling kurang 5 jam)
3 cawan santan pekat + 1 sudu besar gula + 1 sudu teh garam
3 cawan santan cair/air 21/2 inci halia dan
8 ulas bawang merah dimayang halus

1 camca besar halba


Cara-cara membuatnya
1. Toskan beras yang telah direndam dan letakkan ke dalam periuk pengukus.
2. Panaskan air sehingga mendidih di dalam periuk pengukus
3. Kukus beras sehingga naik wap. Apabila wap telah naik, tuangkan ke dalam besen yang besar dan masukkan air atau santan cair dan gaul hingga rata. Orang banjar kata proses meng'arun'.
4. Masukkan semula ke dalam periuk pengukus dan kukus sekali hingga hingga naik wap. Proses ini diulang 1 kali lagi.
5. Akhir sekali angkat nasi yang sudah masak, masukkan ke dalam bekas besar, gaulkan bersama santan pekat, halia dan bawang yang telah dimayang dan halba. Kacau rata dan tutup selama 1/2 jam supaya lebih mesra selepas itu boleh dihidang.

Gulai Ikan Aye@Tongkol@Tuna

1 ekor ikan tongkol- dipotong dan direbus bersama garam dan asam gelugor(4 @ 5 keping) sehingga kering air.


1 biji kelapa - diambil santannya


*3 biji bawang besar

*2 ulas bawang putih

*2 cm halia

*5 cm lengkuas
*kesemua bahan * dikisar halus


3 keping asam gelugor
2 papan gula nira(boleh ganti gula merah)
3 sudu cili boh/cili kisar
5 sudu besar rempah kari (cap apa2 pun boleh kot) atau rempah nasi dagang(only available in Trengganu , menurut tuan punya resepi)

garam dan serbuk perasa secukup rasa


Cara-Cara membuatnye:


1. Masak santan hingga pecah minyak
2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar halus, cili boh, rempah kari/rempah nasi dagang.

3. Masukkan ikan, gula nira,garam dan asam gelugor. Masak hingga pekat.

4. Boleh dihidang.


Acar Timun @ Salad @ Appetizer
1 batang timun - dihiris panjang
1 batang lobak merah - dihiris panjang
1 labu bawang besar - dimayang nipis
1 cili merah/cili api- dihiris kecil-kecil

sedikit garam, gula dan cuka.


Cara-caranya:
1. Kesemua bahan di atas dicampurkan di dalam mangkuk dan digaul rata.

Inilah hasil nasi dagang ku berdasarkan resepi di atas.

Tima kasih kepada tuan punya resepi(isteri Abg Pie), katanya ini resepi keluarga turun temurun.

Saturday, 25 April 2009

Aktiviti Hujung Minggu - Another Happy Moment in Yanbu

Kalau ada la yang masih ingat di zaman 80-an dulu, ada satu rancangan masakan yang cukup popular dikalangan mak2 di rumah, KESUMA. Masih terbayang montaj gambar bunga yang sedang mekar. Kuat juga ingatanku ni.

Rajin akak2 wife kepada hubby yang serve Yansab buat program masakan Malaysia di rumah masing2. Kami cikgu cikgi ni tumpang sekaki la. Nak harap kami ni, kalau pukul 4.00-4.30 balik office jenuh gak nak open de house untuk kumpul ramai2 dan ajar masak2. Lagi pun, kita nak offer diri ajar masak pun malu. Diri sendiri nak masak pun masih bukak buku lagi, inikan pulak nak ajar. Ajaran sesat pulak nanti.

Antara kelas memula yang boleh join, rumah K.Ima(isteri Hj Ghaz). Menu dia Nasi Dagang. Tapi rupa2nya menu dari orang rumah Abg Pee.. tak pelah.. janji ada resepi. Syok nyer dapat belajar buat Nasi Dagang. Lepas ni anytime teringin nasi dagang, dah buleh buat sendiri. Kalau tak dulu kena usya kedai atau makcik mana yang masak best, baru pergi beli. Sekarang boleh masak ikut sedap tekak sendiri. Tu yang best masak sendiri tu. Semalam layan masak Nasi Dagang. Hush.. yang paling syok tengok anak sendiri yang makan. Habis sekali hadap jek. Nanti esok2 masak lagi. Ni first time buat , trial session jek. Masak tak banyak dlm 4 pot. Riso gak kot nasi tak masak. Rendam beras pun tak lama less than 5 hours. The most important thing, lubang periuk pengukus ku ni besar la pulak, habis berguguran beras ku. Nanti nak pergi carik mangkuk pengukus lain la.

Lepas tu pegi kelas masakan kat umah k.Ina 'Z'. He ..heheh banyak sangat nama K.Ina kena bubuh initial lak kat belakang, baru boleh differenciate. Selain kIna, nama K.Za .. lagi ramai. Macam2 K.Za ada. Kat umah K.Ina, belajar masak mee udang. Part paling best, belajar buat mee sendiri tu. Tu yang mahal tu. Rational kelas memasak ni actually bukan untuk tujuan berkongsi resepi sahaja. But almost to majlis sosial sesama isteri yang hampir sepanjang minggu terperuk kat umah. Kat sini bukannya macam kat Malaysia, boleh bawak2 kereta dan menyinggah rumah sesapa bila2 masa kita nak. Nak bergerak kena la tunggu driver balik keje dulu.. Pas tu busy masak dan urusan harian. Hari minggu je lah lapang sikit. Masa ni la baru boleh nak jumpa kengkawan. Oleh kerana tak de tempat yang best nak lepak2 sesama kengkawan, maka the best place is kat rumah la.. Invite orang datang dan kumpul2 , bawak pot luck sorang sikit, then boleh le sembang2 dan bertukar cerita ceritet. Anak2 pun inilah masanya jumpa kengkawan Malaysia. Bukan semua anak2 Malaysian ni pergi sekolah yang sama. At the same time, geng lelaki pun ada jugak la aktiviti sesama mereka.

This is another happy moment in Yanbu. Masa zaman sorang2 dulu, kami asyik terperuk kat umah jela. Anak2 nak main kat luar pun kita cemas nak kasi. Sebabnya takut kena baling batu. Kat kawasan rumah kami ni bebudaknye aktif kan main. Sekali tingkap bilik dipecahkan. Second time pintu sliding door. Tak tau lah part mana yang attracted to them. End up budak2 ni kalau nak main, depa main dalam rumah sahaja. Sometimes main basikal pun dalam rumah. Hujung minggu baru bawak gi park atau beach. Adalah dalam satu semester sekali buat majlis makan2. Combine Malaysian yang serve YIC dan YUC(male and female). Sekadar bertanyakan khabar dan berita dan melepaskan rindu kepada masakan Malaysia. Kami yang kurang expert ni terpaksalah berjuang sedaya upaya memasak apa yang terdaya...heheheh..

Walau macam mana pun, semua itu tetap kenangan berharga. Sekarang ni, dah tak rasa sunyi dah. Rindu kat Malaysia pun tak berapa menebal sebab dah ramai orang Malaysia kat sini. Bukan setakat Malaysian community sahaja yang ramai, Saudi-Malaysian pun ramai. Selain daripada tu dah mula kenal Indonesian dan Saudi-Indonesian. Jadi kehidupan tak macam dulu. Routine sosial pun dah berbeza berbanding 2 tahun yang lepas. Well syukur kepada Allah kerana mengurniakan nikmat ini...

Thursday, 2 April 2009

Tak ada rezeki

Nampaknya tak ada rezeki kali ni parent nak datang sini, meskipun semasa proses visa tak ada masalah tapi dah takdir Allah tak izinkan, maka tak jadi juga.


Apa yang telah berlaku?

Kisahnya.. pada hari nak hantar dokumen untuk proses visa di Malaysia, kereta parent telah dipecah masuk semasa parking di depan kedai kitchen cabinet kat Batu 3, Shah Alam. Masuk kedai tak sampai 15 minit. Bila keluar tengok cermin kereta sebelah pemandu dah pecah dan suitcase bawah kerusi dah hilang. Semasa buat report polis kat balai seksyen 11, polis mengiakan sahaja kawasan tu memang favourite kes pecah kereta.. timbul le question mark kat kepala.. kalau dah banyak kes pecah kereta kat kawasan tu tak de ke hantar polis ronda kat kawasan tu? Emm tak de jawapan untuk soalan itu..

Antara item lost semua dokumen perjalanan dan ada le beberapa RM. Nak settlekan dokumen sahaja dah makan masa.. makanya tak jadi la nak ke sini..

Tak apa la.. nak buat macam mana...