Monday, 3 November 2008

Masa..Masa..

Salam untuk semua..


Sekian lama tidak menjengah ke ruang ini.. semester baru ni menuntut lebih banyak waktu berbanding semester yang lalu. Pertama, kerana terus memikul beban pengurusan di samping mengajar. Kedua, kekurangan tenaga pengajar, menyebabkan jumlah jam pengajaran bertambah dan ketiga, ambilan pelajar bertambah bermakna more managerial duties ... Alhamdulillah, Allah dah beri 2 tahun kelapangan, ini sahaja masanya mula sibuk semula.


Di rumah, after school at night, memandangkan 3 anak sudah mula bersekolah, bermakna more time to allocate for homework. Kalau dulu seorang sahaja. Sekarang dah bertambah 2. Cuba mencari masa tetap untuk mengajar Quran. Tapi, malu nak cakap.. kadang2 sahaja dapat. Mana taknya, dalam akademik kita boleh plan untuk mengajar dan patuh pada plan pengajaran dan akhirnya kita dapat lihat perubahan pada pelajar daripada individu yang tidak tahu kepada tahu. Anehnya dengan anak2, tidak pula diusahakan kaedah yang sama.. Secara tiba-tiba rasa malu pada diri sendiri apabila memikirkan mengapa perkara ini boleh berlaku. Mungkin ini matlamat tahun ini yakni cuba usaha kalau boleh dapatkan waktu tetap utk Quran lesson. Berazam untuk mengajar anak sendiri Al-Quran.


Selain daripada itu bila diam memikirkan masa depan anak-anak, rupa-rupanya ada banyak perkara lagi yang harus dilakukan buat anak2. Impiannya nak adakan usrah setiap hujung minggu. Mungkin sekadar Sirah Nabawiyah. Mudah2an Allah permudahkan.


Terpanggil dengan jemputan sahabat jiwamerdeka yang sudi memberi komen di ruang blog, mengajak bersama-sama menulis dengan tujuan berdakwah kepada sesiapa yang sudi membaca dan melawat laman ini. Istilah berdakwah begitu berat bagi saya insan yang kurang ilmu(mungkin masih kurang membaca, selalunya begitu), kurang fasih lisannya, dan tidak mahir berbahasa. Hasil tulisan hanyalah rumusan berdasarkan pengamatan, sedikit perbandingan hasil pembacaan dan rumusan-rumusan daripada kuliah-kuliah yang pernah didengar atau dihadiri. Walaubagaimanapun, saya tidak menolak bahawa di atas bahu setiap muslim itu ada tanggungjawab untuk menyampaikan apa yang dia tahu dan pengetahuan itu adalah berdasarkan sumber atau rujukan yang sah dan benar, tidak lain Al-Quran dan Sunnah dan Hadis. Ulama hanyalah menjadi rujukan terakhir kerana pertelingkahan(pertembungan pendapat) antara ulama bagaimanapun memberi kebaikan kepada kita. Tetapi apabila bertembung antara keutamaan Hadis Rasulullah dan pendapat Ulama, yang harus di dahulukan adalah Rasulullah. Kerana Allah telah berpesan dalam Surah Al-Imran, “Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika benar engkau mencintai Allah, maka ikutlah aku”.” (Surah Ali Imran, 3: 31)



Hari-hari yang berlalu di bumi KSA ini, membawa saya melihat ilmu yang telah dipelajari dahulu dalam konteks yang lebih luas dan lebih bermakna. Mengajar saya melihat bangsa manusia dari pelbagai kaum dari pelbagai sudut. Membawa saya melihat tanahair dari kacamata luar. Terlalu banyak hikmah penghijrahan ini.


Proses pertama yang memberi banyak erti dan pengajaran ialah akhlak. Sewaktu kecil, di sekolah, akhlak adalah merupakan salah satu sub-topik dalam pengajian agama islam. Oleh kerana, inginkan keputusan peperiksaan yang baik, ciri-ciri akhlak seorang muslim dihafal sebaiknya dengan harapan dapat dipindahkan ke kertas peperiksaan dan mendapat keputusan yang baik. Begitu juga sirah Nabawiyah, kisah Rasulullah menjadi kekal dalam ingatan kerana peperiksaan. Tidak termasuk senarai hadis-hadis dan tafsiran ayat-ayat al-quran yang harus dihafal bersama makna dan falsafahnya. Belajar kerana peperiksaan. Contohnya terdapat di dalam hadis Rasulullah yang melarang makan menggunakan tangan kiri. Larangan ini dihafal kerana salah satu akhlak muslim adalah waktu makan mesti makan dengan tangan kanan. Makanya oleh kerana tahu peraturan itu hanya untuk peperiksaan, maka tidak menjadi amalan.


Apabila tiba di sini, diberi peluang mendengar satu ceramah yang membicarakan tentang hadis dari segi bahasa dan makna keseluruhan mengikut terjemahan bahasa Arab, barulah jelas di pada diri bahawa pesanan itu bukan pesanan biasa (yakni nak buat ..buat.. tak buat ..tak pe.. ) . Bahkan ia adalah satu yang benar-benar tidak disukai oleh Rasulullah, yakni apabila Rasulullah melarang ini bermakna jatuh wajib/jangan sekali2 makan/minum/menyuap sesuatu ke dalam mulut melainkan dengan tangan kanan. Itu hanyalah satu antara perkara asas dlm kehidupan yang dahulunya tiada signifikan, tetapi sekarang memberi satu impak yang besar dlm diri untuk melakukan satu perubahan. Keinginan yang pertama, ialah mempelajari bahasa Arab dari segi lughah dan maknanya. (bersambung)


No comments: